KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Naib Pengerusi NIOSH Manivanan Gowin dalam kenyataan pada Ahad berkata selain itu, NIOSH turut menaik taraf program latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dianjurkannya di seluruh negara.
"Semua pihak perlu berganding bahu bagi membantu menangani risiko yang dihadapi pekerja akibat perubahan iklim yang semakin ketara di seluruh dunia.
"NIOSH turut aktif dalam menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi luar dan dalam negara, agensi kerajaan serta institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi meningkatkan kajian serta perkhidmatan berkaitan KKP. Sehingga kini, NIOSH telah menandatangani 139 dokumen kerjasama untuk tujuan tersebut," katanya.
Beliau berkata melalui kerjasama sebegini, NIOSH mampu meningkatkan keberkesanan program kesedaran dan latihan, menyediakan perkhidmatan rundingan serta menjalankan kajian berkaitan perubahan iklim selain mewujudkan mekanisme menangani kesannya di tempat kerja.
Dalam pada itu, Manivanan berkata menyedari kepentingan menangani risiko berkaitan perubahan iklim ini, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah memilih 'Masa Semakin Suntuk: Keterjaminan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Cabaran Perubahan Iklim Semasa' sebagai tema sambutan Hari KKP Sedunia 2024 yang diraikan pada Ahad.
"Berdasarkan kajian ILO, perubahan iklim yang semakin ketara akan menyebabkan kira-kira 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya seperti strok haba, sinaran ultralembayung (UV) berlebihan, pencemaran udara serta penyakit bawaan vektor dan agrokimia.
"ILO menjangkakan hingga 860,000 kematian berkaitan pekerjaan akan berlaku dalam kalangan mereka yang bekerja di luar pejabat setiap tahun akibat masalah kesihatan yang dijangka meningkat disebabkan perubahan iklim termasuk penyakit kanser dan kardiovaskular, masalah pernafasan, kegagalan buah pinggang dan masalah berkaitan kesihatan mental," katanya.
Laporan ILO turut menunjukkan perubahan iklim telah memberi kesan serius kepada 2.4 bilion pekerja yang terdedah kepada cuaca panas dan mereka ini mewakili lebih 70 peratus daripada keseluruhan 3.4 bilion pekerja di seluruh dunia.
"Dalam laporan bertajuk 'Memastikan Keselamatan dan Kesihatan Ketika Bekerja Dalam Perubahan Iklim' ini, ILO turut menggariskan beberapa impak besar susulan perubahan iklim antaranya 1.6 bilion pekerja terdedah kepada sinar UV mengakibatkan 18,960 kematian akibat kanser kulit bukan melanoma setiap tahun.
"Selain itu, seramai 1.6 billion pekerja turut terdedah kepada pencemaran udara di tempat kerja, menyebabkan hingga 860,000 kematian dalam kalangan pekerja luar pejabat setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Perubahan iklim telah memberi kesan serius kepada 2.4 bilion pekerja yang terdedah kepada cuaca panas. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Jangan pandang mudah kes psikososial di tempat kerja
Stigma 'orang gila' sering dikaitkan dengan individu yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental ini.
NIOSH, JKM Negeri Sembilan tingkat kesedaran penjagaan kesihatan mental warga emas
NIOSH dan JKM Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif berkongsi teknik menangani tekanan mental dalam kalangan warga emas di PAWE di sini.
NIOSH peruntuk RM12 juta sedia latihan bantu tangani isu kesihatan mental di tempat kerja
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi menyediakan latihan secara percuma kepada 10,000 golongan pekerja.
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
Pembukaan pejabat NIOSH di Kapit penuhi keperluan latihan tenaga kerja projek mega
Pembukaan ini akan memenuhi keperluan ribuan tenaga kerja yang terlibat dalam pembangunan projek infrastruktur mega seperti pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh.
Perbanyakkan wad isolasi hospital, elak sebaran COVID-19 di udara
Satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng sebelum membenarkan rawatan ke atas pesakit COVID-19, adalah aspek pengudaraan di bilik/ wad atau dewan yang digunakan.
NIOSH minta kontraktor semak semula aspek keselamatan di tapak bina
NIOSH menggesa pihak pemaju, kontraktor utama dan subkontraktor memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi peruntukan perundangan serta prosedur kerja selamat.
Pengurusan pengangkutan yang baik dapat elak kemalangan - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berpendapat pengurusan pengangkutan yang baik bakal membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya.
Kesihatan mental: Pekerja tertekan jejaskan produktiviti organisasi
Ini kerana jelasnya, kesihatan mental yang terjejas dalam kalangan pekerja bakal memberi impak kepada produktiviti sesebuah organisasi.